RECIPE

puding roti

11:30 PTG





okey tadi meringue cookies so skarang puding roti plak . hhehe sharing is caring kan ? resepi nie drp chef hanieliza . confirm menjadi and sedap laa !! hihi . oke tanpa membuang masa baca entry nie panjang2 jom kite ke resepi nye . hehehe

YOU WILL NEED :

Bahan A
2 cawan susu segar *ok nie fara hentam guna evaporated milk je haha bancuh2 then sukat 2 cwn
8 keping roti putih

Bahan B
4 sudu mkn gula halus
2 sudu mkn mentega
2 biji telur 
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu tepung jagung
2 sudu mkn kismis

CARANYA :

1.Koyakkan roti kecik2 and rendam dalam susu selama 30 minit.
2.Sementara tunggu roti tu direndam, korang bleh kacau dan gaul rata semua bahan B kecuali kismis.
3.Lepas tu masukkan roti yang direndam tadi dgn bahan B and gaul rata.
4.Masukkan kismis and gaul lagi.
5.Tuangkan dlm dulang then bakar pada suhu 180'C selama 50 minit atau sehingga masak . 

okeyy siap ! hihi senang je kan . tapi kan adunan nie sikit je . lau korang nak banyak bleh double kan resepi nie ok ? 

*selamat mencuba*

You Might Also Like

0 ulasan

SUBSCRIBE

Like us on Facebook

Copyright © . All Right Reserved by HappyVirus