COLLEGE

Pengalaman ke UKCG di IPG Part 2 (UKF)

1:07 PG


Assalamualaikum .

Hari ini Fara baru berpeluang nak update entry disebabkan kesibukan membuat persiapan ke matrikulasi di Kolej Mara Kuala Nerang . Banyak persiapan yang perlu dibuat contohnya membeli barang keperluan . Tapi tu la yang menyeronokkan sebab dapat shopping . Haha . 

okeyy back to the topic . Fara nak kongsikan pengalaman Fara masa Ujian Kecerdasan Fizikal (UKF) . Pada hari kejadian tu memang teramat memenatkan . huuhu . Kalau tak makan agaknya memang boleh pengsan la . Nasib baik Fara makan la juga roti sebelum ujian sekadar alas perut . Part checkpoint k-5 tu tak boleh tahan . Rasa nak pitam lari . Tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar . Selepas tamat ujian tu terhincut-hincut kaki Fara keluar daripada gimnasium tu . Macam nak jatuh rebah ke bumi . Tapi nasib baik sangat Fara boleh tahan . Tapi abah Fara yang mula2 tegur "tu dah kenapa kaki?" hehe . Fara just senyum aje . 

okeyy nie Fara kongsikan maklumat tentang UKF daripada pengalaman seorang calon yang telah melaluinya sendiri .  Terima kasih sudi berkongsi . 

UJIAN KECERGASAN FIZIKAL UKCG 2014

Masa Ujian:
Ujian ini dijalankan selama 30 minit setiap kolompok. Anda akan diberikan satu kertas kecil bernombor 1-5.
Ujian ini ada 5 check point yang anda perlu selesaikan dalam masa 30 minit.

5 CHECK POINT UJIAN KECERGASAN FIZIKAL

1. Check Point Pertama (1)
Check point pertama adalah ukuran berat badan dan tinggi (BMI).

2. Check Point Kedua (2)
Check point kedua ialah, menjalani ujian ketegangan urat anda iaitu mengandungi 5 tahap. 
  • Tahap pertama dalam keadaan tidur, lutut dan paha mestilah berada 90 darjah. Anda dikehendaki meluruskan tangan anda dan bangun, tangan mestilah mengenai lutut. 
  • Tahap kedua luruskan tangan tapi siku anda mestilah mengenai lutut. 
  • Tahap ketiga silangkan tangan seperti dalam keadaan solat, kemudian bangun dan rapatkan kepala anda sehingga ke lutut. 
  • Tahap 4, silangkan tangan diatas kepala, dan pastikan tangan dan kepala sama-sama terangkat dan mestilah mengenai lutut. 
  • Tahap kelima ialah silangkan tangan di belakang kepala, pastikan kepala mengenai lutut.

3. Check Point Ketiga (3)
Check point ke 3 ialah anda dikehendaki lompat selama 10 saat dan dilarang terpijak garisan. Garisan tersebut berbentuk tambah + anda dikehendaki lompat secepat mungkin keempat-empat ruangan dalam petak tambah.

4. Check Point Keempat (4)
Check point keempat ialah, anda dikehendaki membuka kaki sekurang-kurangnya satu hasta, kemudian tangan anda mesti menyentuh lantai, kemudian berpaling ke belakang dan menyentuh dinding. Setiap 1 dinding disentuh dikira satu mata. Ujian ini dijalankan selama satu minit, untuk mendapatkan markah penuh anda mesti selesaikan 45 kali.

5. Check Ponit Kelima (5)
Check point kelima ialah, anda dikehendaki lari sejauh 20meter secara ulang alik. Check point ini mengandungi 6 tahap, setiap satu tahap anda dikehendak berlari ulang alik sebanyak 3 kali, iaitu 120 meter, setiap satu tahap. Check point ini adalah yang paling mencabar kerana ketika ini ramai calon pitam dan pengsan ketika berlari.


You Might Also Like

0 ulasan

SUBSCRIBE

Like us on Facebook

Copyright © . All Right Reserved by HappyVirus